Monday, March 7, 2011

Me "5S" kan PPKI :)

Assalamualaikum dan salam bloggers semua, post kali ni adalah berkaitan dengan perlaksanaan 5S..

Pertama sekali, mesti semua bertanya "Apa itu 5S?" Jawapannya :  Sisih, susun, sapu, seragam dan selalu amal...Konsep yang nampak mudah tapi agak sukar diikuti? Kenapa? Tepuk dada tanya selera...
Saya sekarang ni sedang dalam proses me"5S" kan suasana tempat saya bekerja dan semestinya bermula dari meja saya sendiri..Hehehe,maaflah xda gambar nak ditunjukkan tapi InsyaAllah akan diupload dari masa ke semasa....

Saya mulakan dengan menyisih2 apa2 yang tidak diperlukan lagi seperti contoh hasil kerja murid 2 tahun yang lalu (eiii,saya ni seorang yg suka menyimpan memoribilia...x patut kadang2 hehe)...Maafkan cikgu ya anak2,tapi cikgu kena sisih pa yg tak berkaitan..Sekarang ni masuk fasa kedua dan ketiga...Menyusun dan menyapu...

Bagi memastikan konsep ini dapat dijalankan, perkara utama iailah KOMITMEN kita sendiri dalam melaksanakan tugas2 masing2...Kalau xda komitmen,xda dedikasi alamatnya 5S hanya tinggal kenangan..hehehe, buat peringatan untuk diri sendiri juga ni...

Konsep ni sangat baik dan jika diamalkan dengan betul dapat membantu kita,khususnya guru PPKI dalam mengurus kelas PPKI dengan lebih efisien...Maksudnya, xlah kita kelam kabut mencari fail2 yg berkaitan dan meja pun xlah berselerak sangat...Barang2 juga dapat disimpan dengan baik dan yang paling penting, semua kan nampak seragam,jadi kepala pun jadi seragam dan x serabut :)

Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai Konsep 5S,sila - sila lah google dan surf Internet yer :)

1 comment:

  1. Simpan kerja-kerja murid tidak salah bah tu asalkan bersistematik. Itu lah bah idea 5S kan? Mesti wajah baru sudah kelas kamu sekarang kan?

    Uploadlah gambar sikit kalau ada. :-)

    ReplyDelete

Search This Blog