Wednesday, May 25, 2011

Bila ibu bapa bising dengan guru..

Assalamualaikum dan Salam Bloggers

Post kali ini tidak berkaitan dengan intipati utama blog ini tetapi lebih kepada luahan hati saya sebagai seorang GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS..

Seorang uncle mengadu yang anak buah nya telah dipukul / dicubit di bahagian paha sehingga lebam oleh seorang GURU PEREMPUAN KELAS PENDIDIKAN KHAS sekolah saya..tak perlu la saya mention nama sekolah sebab ini bukan nak menyebelahi mana2 pihak...GURU tersebut memang tidak disukai oleh ramai ibu bapa / penjaga MURID BERKEPERLUAN KHAS kerana garang dan kuat memukul murid - murid di sana. GURU tersebut turut memukul anak buah beliau sekali lagi kerana mengetahui murid tersebut telah mengadu kepada ibu bapa....

Dan pengaduan ini terang - terangan di'post'kan di laman sosial FACEBOOK...

Saya tidak suka dengan cara 'pakcik' ini membuat pengaduan..Sebagai orang yang berpelajaran, ada banyak salauran yang betul jika betul kejadian ini berlaku. Kenapa perlu dimasukkan ke dalam laman sosial tersebut? ada kah kerana untuk meraih simpati? meraih populariti? kalau benda ini betul, pengaduan ini sepatutnya diajukan kepada PEGAWAI PELAJARAN DAERAH @ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI...Jumpa dengan GURU tersebut..bincang..bawa bukti jika ada...hal2 seperti ini adalah perkara serius dan akan diberikan tindakan yang sewajarnya dan mengadukan aduan ini di dalam laman sosial adalah suatu perkara yang BODOH SOMBONG dan TIDAK BERETIKA.

Sepanjang saya mendidik dan membimbing kanak - kanak bermasalah pembelajaran, saya memang terkenal dengan sikap yang tegas. Tapi tengok2 la dulu keadaan budak tu, kalau budak tu bermasalah Cerebral Palsy @ Down Syndrome @ Terencat Akal @ Kecacatan teruk memang BINATANG la saya kalau saya bersikap tegas. Saya tidak mudah mengangkat tangan jika murid melakukan kesilapan tanpa teguran terlebih dahulu. Paling teruk pun budak tu kena high pitched sound sahaja. Suara saya ni sudah cukup untuk murid2 memberi perhatian kepada saya. Tidak perlu untuk ransangan tambahan :(

Orang luar pandang enteng dengan tugas kami sebagai guru KELAS PENDIDIKAN KHAS..Ada yang cakap cikgu pendidikan khas ini terlalu rileks. Kamu tidak tahu yang saya ni dah puas kena ludah, tolong cuci hingus budak, kena cuci pantat budak yang berak, yang kencing, tolong memandikan budak, kena cubit, kena tumbuk, kena tendang, mana yang nak pegi mengejar budak lagi...
Ini belum lagi jika anak2 murid itu dihantar dari RUMAH dalam keadaaan yang kotor, kelaparan dan sakit. Anak2 ini diserahkan seperti apa sahaja supaya kami ni yang bersihkan..Ibu bapa jenis apa ka itu?
Berulangkali saya sentuh perkara ini semasa mesyuarat namun ibu bapa buat 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'
Elaun pendidikan khas yang diberikan kepada anak2 tersebut digunakan untuk kepentingan diri sendiri sedangkan anak2 mereka terbiar begitu sahaja.
Dan apabila lambat sahaja elaun masuk, mula la berpusu2 nak berjumpa dengan kami nak mengadu..
Saya dah experience semua tu.. Anda semua pernah experience macam tu ka?
UWEEEKKK itu jak respon kebanyakkan orang.. Kamu tidak tahu itu...

Kamu tidak tahu macamana saya sampai habis tenaga dan usaha nak mengajar kanak2 ini mengenal huruf A...HURUF A..
Kamu tidak tahu macamana saya menitiskan air mata apabila anak2 murid saya masih belum boleh memegang pensel..
Kamu tidak tahu macamana saya rasa kecewa apabila anak2 murid saya belum dapat mendengar arahan... Kamu tidak tahu macamana saya rasa muak apabila orang lain memandang hina kepada anak2 murid saya...
Kamu tidak tahu macamana saya rasa mau putus asa bila anak2 murid saya tidak mampu mengenal apa2 sedangkan sudah berulangkali saya mengajarnya

KAMU TIDAK TAHU...

Namun saya tidak nafikan ada segelintir guru yang masih belum memahami konsep sebagai GURU PENDIDIKAN KHAS...sewenang2nya melepaskan tanggungjawab kepada rakan lain menyebabkan bebanan guru lain bertambah. Saya pun heran bagaimana mereka boleh pergi ke sekolah, buat tidak kisah dan tidur dengan lena pada malamnya setelah memperlakukan sedemikian.

Saya bukan meminta simpati apa lagi meminta belas kasihan dari pembaca..Saya hanya mahu kita saling faham-memahami..Saling bertoleransi dan sama2 membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada anak2 ini untuk MENJADI INSAN YANG BERMAKNA...

2 comments:

  1. Aduh..sedihnya sia baca post ini. Saya faham perasaan kamu. Post shouts di facebook tanpa buat susulan samalah macam menulis surat layang. kalau betul ada rasa tidak puas hati, sila lah berjumpa dan berbincang. Barulah semua pihak merasa adil. Kan?

    Tabahkan hati. Inilah dugaan kerja mulia seorang guru...

    ReplyDelete
  2. ya bah eri, saya sangat sedih bila orang luar cakap kami ni cam tidak tahu buat keja sedangkan dorang tidak tahu apa pengalaman kami...

    ReplyDelete

Search This Blog