Tuesday, March 22, 2011

NILAM Istimewa, Program Khas untuk Kelas PPKI


Assalamualaikum dan Salam Blogger,
Hah, hari ni sya nak kongsi pasal NILAM Istimewa...Uh, saya pun baru dengar juga ni...Tahun ni adalah tahun pertama saya memegang jawatan sebagai Guru NILAM Kelas PPKI...Jadi, baru sahaja berjinak2 dengan program ni yer...
Sya dah check dan google program ni tapi search result sangat mengecewakan..Belum banyak lagi newsfeed mengenai program ini..Hinggalah sya terjumpa blog ini, smpkvip.blogspot.com...
Alhamdulilah, sedikit sebanyak ada juga pengetahuan sya mengenai program ni...
Sekarang ni, sya pun semangatlah nak galakkan murid2 sya untuk belajar membaca dan mencapai Tahap NILAM, InsyaAllah..
Kenapa nak buat juga NILAM Istimewa?
Ah, kenapa nak buat juga sedangkan murid2 ni kita tahu keupayaan dia? Huh, iya kan...Kenapa yerk? Kenapa tidak? Why not? They also deserve a chance to pick up a book and read..The also deserve a chance to learn to read...Why not...
Tidak semua murid kita ni tidak boleh berupaya membaca, sya yakin sesetenggah sekolah pasti ada berjaya mendidik murid berkeperluan khas yg mampu membaca dan menulis dengan sendiri..Apa salah nya, kelebihan ini kita gunakan dengan sebaik mungkin dengan memasukkan murid ke dalam Program NILAM...Jadikan program ini sebagai penghargaan kepada mereka...Bagi sya,program ni jangan dilihat sebagai bebanan tetapi sebagai satu cabaran untuk kita dalam mendidik anak2 istimewa ini untuk lebih berdaya saing
Alhamdulillah, guru NILAM arus Perdana juga sama2 menyokong usaha saya untuk menjalankan program NILAM Istimewa...Beliau banyak membantu dengan meminjamkan pelbagai bahan rujukan dan akses kepada buku2 di Pusat Sumber Perdana (TQ Puan Petronella :))..Alhamdulillah, ini lah yang kita harapkan
Baiklah, setakat ini sahaja cerita NILAM Istimewa saya tapi jangan risau, I will keep updating the progress buat rujukan rakan semua :)
P/S : Kelas PPKI kami ada Mini Pusat Sumber, sekolah anda pula?

No comments:

Post a Comment

Search This Blog