Monday, March 21, 2011

Recognizing the problem

Assalamualaikum dan Salam Bloggers :)

Post saya kali ini adalah berkaitan dengan mengenalpasti samada anak2 kita mempunyai masalah yang memerlukan pendidikan khas..
Semenjak beberapa tahun ini, tahap kesedaran orang luar terhadap Kelas Pendidikan Khas Intergrasi semakin meningkat...Tiada lagi rasa kurang senang mahupun kekok apabila berhadapan dengan kanak2 yang mempunyai masalah khas...Dari bilangan murid yang tidak melebihi 20 orang, kini program Pendidikan Khas Intergrasi (PPIK) di sekolah saya sedang menampung 58 orang murid setakat ini..Dan angka ini semakin meningkat dek ramai murid mula dikenalpasti sebagai murid yang mempunyai keperluan khas...
Namun demikian, apabila pihak kami menjalankan ujian diagnostik kepada calon2 ini...Kami dapati murid2 ini masih mampu menjalani aktiviti P&P arus perdana..Kenapa perkara ini terjadi?
Saya menganggap ini sebagai kes murid tersalah diagnos oleh guru2 mereka...


Kategori Murid Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi

Merujuk kepada pekeliling dan arahan perbendaharaan Kementerian, antara murid - murid yang termasuk dalam kanak - kanak bermasalah pembelajaran boleh dikategorikan dalam kategori berikut:
  • Lembam (Slow learner)
  • Sindrom down
  • Cerebral Palsy
  • Autisme ringan atau sederhana
  • ADD / ADHD
  • Hipoaktif
  • Masalah pertuturan
  • Epilepsi
  • Pelbagai kecacatan
Adalah amat penting bagi ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak - anak ini dibawa dengan pakar perubatan profesional bagi mengenalpasti serta mengesahkan masalah - masalah yang dihadapi oleh anak - anak ini tadi.


Apa dia ciri kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran?
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
  1. Ciri-ciri fizikal
     Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.


Nota : Kita boleh lihat rupa fizikal yang agak berbeza berbanding kanak - kanak normal. Ini jelas kelihatan bagi kanak - kanak yang mengalami kecacatan Sindrom Down, terencat akal dan Cerebral Palsy
Namun demikan bagi kanak - kanak yang lembam, bermasalah emosi dan tingkahlaku, bermasalah pertuturan dan Autisme, kebanyakkannya menunjukkan tahap perkembangan dan pertumbuhan fizikal yang normal sama seperti kanak - kanak biasa.

Kanak - kanak Autisme
Kanak - Kanak Sindrom Down
Kanak - Kanak Sindrom Down



  1. Ciri-ciri intelek
     Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada  peringkat umur 8 tahun atau lebih.



Nota : Kanak - kanak bermasalah pembelajaran selalunya mempunyai kecacatan pelbagai atau multiple handicapped. Dan kebanyakkan kanak - kanak ini lemah dalam bidang pembelajaran yang menunjukkan terdapat masalah atau kelewatan dalam perkembangan intelek mereka.
Contoh situasi : Arlina sudah pun melangkah ke tahun 3 tapi masih belum menguasai mengenal huruf dan menulis dengan betul.
Kes kanak - kanak lewat perkembangan intelek pada aliran perdana boleh dikenalpasti semasa berada dalam Kelas Pemulihan Khas lagi, dimana kanak - kanak ini tidak melepasi saringan pemulihan.


  1. Ciri-ciri sosial dan peribadi
     Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.


Nota : Kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran juga selalu mempunyai keyakinan diri yang rendah dan seringkali disisihkan oleh rakan sebaya kerana kurang berupaya dalam berinteraksi serta ciri - ciri peribadi yang kurang disenangi seperti, pemarah, agresif, pemalu, pendiam, dan pelbagai lagi. Ini jelas ditonjolkan oleh kanak - kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku serta kanak - kanak Autisme.
Kadangkala, melalui pemerhatian saya sendiri kanak - kanak yang bermasalah dari segi fizikal (Cerebral Palsy) dan pertuturan (pelat atau sengau) sering diejek dengan rakan - rakan lain yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang penyendiri dan memencilkan diri kerana malu dengan kecacatan diri.
Kanak - kanak ini juga sering mempamerkan tingkahlaku yang nakal yang agresif serta sangat susah dikawal kerana mereka belum bijak mempertimbangkan kesan dan akibat dari tingkahlaku mereka. Mereka juga belum menguasai dalam mengurus tingkah laku serta aspek bersosial yang diterima dalam norma masyarakat.


Berikut tadi sedikit sebanyak ciri - ciri penting yang patut kita (sebagai guru, ibu bapa dan penjaga) harus peka pada kanak - kanak ini. 
Jangan kerana mereka lambat sedikit lalu dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Pemerhatian kepada ciri- ciri diatas perlu dibuat dalam satu jangkamasa yang berterusan bukan dalam jangka masa yang singkat. Ini adalah untuk mengelakkan kanak - kanak ini salah diagnos dan akhirnya ditempatkan di dalam kelas yang bukan untuk dia.

Kepada rakan yang membaca, saya menggalakkan agar memberi komen agar kita dapat memperbaiki lagi mutu pendidikan di negara kita :)

Salam Ceria :)

(Sumber rujukan dipetik daripada www.spe-ed.net)













No comments:

Post a Comment

Search This Blog